Mesyuarat ALK KOPIBG Kali ke 10 3/2026 pd 26 Sept 2026 telah menyusun semula projek projek yang akan diberikan fokus oleh Koperasi KOPIBG. Sebagai Koperasi yang berteraskan PERUMAHAN, Projek Bina Rumah Atas Tanah Sendiri menjadi Aktiviti utama KOPIBG. Bagi memudahkan Anggota mencapai impian untuk membina rumah atas tanah sendiri, KOPIBG akan mengadakan kerjasama dengan beberapa Kontraktor dan juga Institusi Kewangan yang boleh memberikan kemudahan pembiayaan kepada Anggota.
Berikut adalah senarai Projek yang akan diberikan tumpuna
1. PROJEK RUMAH KU - Bina Rumah Atas Tanah Sendiri
2. PENGEDARAN BUKU, ALAT TULIS, ALAT BANTU MENGAJAR dan UNIFORM SEKOLAH
3. PENGEDARAN AIR MINERAL KOPIBG
4. PERABOT SEKOLAH - untuk mencipta suasana pembelajaran yang selesa dan produktif.
5. PENGEDARAN PRODUK ANGGOTA.
6. KURSUS KEMAHIRAN KEPADA ANGGOTA DAN PELAJAR
7. PROJEK KOMUNITI UNTUK ANGGOTA KOPIBG

