HKN’26 Sasar 10,000 Pengunjung Menerusi Festival Rakyat Terbesar Gerakan Koperasi Negara

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) melancarkan Pra Peluncuran Hari Koperasi Negara 2026 (HKN’26) yang akan berlangsung dari 3 hingga 5 Julai 2026 di Pusat Konvensyen PICCA @ Arena Butterworth, Pulau Pinang dengan sasaran kehadiran seramai 10,000 pengunjung, khususnya dari Zon Utara.

Bertemakan “Koperasi Memperkasa Komuniti, Membina Negara MADANI”, HKN’26 akan dilancarkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Tuan Chow Kon Yeow pada 4 Julai, manakala Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong juga dijadual bakal menghadiri majlis tersebut.

Antara tarikan utama pameran disertai oleh:

12 reruai Kementerian dan Agensi Persekutuan serta negeri
Pavilion KUSKOP dan agensi dibawahnya
Pavilion SKM
20 reruai Koperasi Pelancongan (COOP Tourism)
10 reruai D’Dapur Coop
8 reruai Francais
8 reruai Jom Cari Kerja (MYFutureJobs)
6 reruai Usahawan
4 reruai Jualan MADANI Koperasi
3 reruai Jom Masuk Universiti
2 reruai TVET dan Kecerdasan Buatan (AI)
10 unit Food Truck

Tags:

Comments are closed

Latest Comments

No comments to show.