ANGGOTA

Syarat & Cara Permohonan

Anggota KOPIBG

Akan Mula Dibuka mulai 1 Disember 2024

Kelayakan menjadi anggota

Keanggotaan KOPIBG ini terbuka kepada Warganegara Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas yang telah berkeluarga dan Guru Guru Seluruh Malaysia.

Permohonan menjadi anggota

Permohonan menjadi anggota hendaklah dibuat dalam borang rasmi KOPIBG ini dan dialamatkan kepada Setiausaha KOPIBG atau Pegawai KOPIBG yang dipertanggungjawabkan.

Fi Masuk

  1. Permohonan menjadi anggota baru hendaklah dibayar semasa mohon kelulusan fi masuk sebanyak RM50.00 (Ringgit: Lima Ratus Sahaja).
  2. Fi masuk itu menurut perenggan 50(a) Akta akan dikembalikan kepada pemohon jika permohonannya ditolak oleh Lembaga.
  3. Bekas anggota yang memohon untuk menjadi anggota semula dikenakan fi masuk sebanyak RM100.00 (Ringgit: Satu Ratus Sahaja). 
  4. Semua fi masuk hendaklah dikreditkan ke dalam akaun untung rugi.

Akuan Anggota

(1) Tiap-tiap koperasi yang menjadi anggota hendaklah, melalui individu yang diberi kuasa olehnya, menandatangani suatu ikrar bahawa ia akan terikat dengan Undang-undang Kecil ini dan aturan aktiviti yang sedia ada serta apa-apa pindaan yang dibuat dengan sah.
(2) Sesuatu koperasi yang telah menjadi anggota dikehendaki menandatangani ikrar menurut fasal (1), melalui individu yang diberi kuasa olehnya, dalam tempoh empat belas hari selepas diterima sebagai anggota KOPIBG.

Penerimaan Anggota

Permohonan menjadi anggota hendaklah dipertimbangkan oleh Lembaga dalam mesyuaratnya yang boleh menerima atau menolak sesuatu permohonan itu. Sesuatu koperasi yang diterima menjadi anggota hendaklah diberitahu secara bertulis dalam tempoh tidak lewat daripada tiga puluh hari selepas penerimaannya itu.

Modal Syer Minimum

Menurut seksyen 28 Akta, tiap-tiap anggota yang telah menjelaskan bayaran RM300.00 (Ringgit: Tiga Ribu Sahaja) modal syer boleh melaksanakan segala hak, kewajipan dan liabiliti sebagai anggota, sebagaimana yang terkandung di dalam Undang-undang Kecil ini.