Alhamdulillah, Syukur Ke Hadrat Allah SWT
Segala usaha semua Anggota Penaja sejak awal bulan Jun 2024 sehingga tertubuhnya KOPERASI IBU BAPA DAN GURU GURU MALAYSIA BERHAD pada 25 September 2024. Y. Bhg Datuk Abd Rahim telah menerima surat pengesahan pendaftaraan KOPIBG dari SKM Selangor pada 4 November 2024 lalu.
Dengan ini Anggota Lembaga Koperasi yang dipilih dalam Mesy Agung Permulaan KOPIBG pada 27 Julai 2024 lalu akan memulakan tugas dengan mengadakan Mesyuarat ALK Kali Pertama pada 11 Nov 2024 bagi merancang aktiviti Koperasi.
KOPIBG mengalu-alu semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang telah berkeluarga untuk mendaftar menjadi Anggota KOPIBG bagi membangunkan KOPERASI ini melalui 7 PRINSIP KOPERASI yang boleh dibaca di sini.
https://www.slideshare.net/slideshow/taklimat-asas-koperasi/6060438
Comments are closed