KOPERASI IBU BAPA DAN GURU GURU MALAYSIA BERHAD telah didaftarkan di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) pada 25 September 2024 dengan No Daftar 202459602424.
Alamat yang didaftarkan bagi Koperasi ini ialah di 12A Jalan 10/14D,Saujana Damansara,47810 Petaling Jaya,Selangor Darul.
Menurut subseksyen 4(1) Akta, matlamat Koperasi ini ialah untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggotanya mengikut prinsip koperasi.
VISI
UNTUK MENJADIKAN KOPERASI INI YANG TERUNGGUL DAN BERTARAF ANTARA BANGSA
MISI
1. UNTUK MENJALANKAN AKTIVITI AKTIVITI YANG MEMENUHI KEHENDAK ANGGOTA.
2. UNTUK MENJADI PENGHUBUNG ANTARA IBU BAPA DAN GURU GURU DALAM GERAKAN KOPERASI YANG MEMBERI MANAFAAT DARI SEGI EKONOMI,SOSIAL DAN KEBAJIKAN.
3. UNTUK MELAKSANAKAN PRINSIP PRINSIP KOPERASI BAGI DISEMAIKAN DAN DILAKSANAKAN BAGI FAEDAH SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT.
OBJEKTIF
UNTUK MGGABUNGKAN IBU BAPA DAN GURU GURU DALAM SEBUAH KOPERASI YANG BOLEH MENINGKATKAN KECERMERLANGAN ANAK ANAK DALAM BIDANG PENDIDEKAN DENGAN PENINGKATAN SOSIO EKONOMI UNTUK ANGGOTA YANG TERDIRI DARI IBU BAPA DAN GURU GURU.
Fungsi Koperasi ini ialah perumahan.
Aktiviti
Koperasi boleh, tertakluk kepada peruntukan Akta dan Peraturan, menjalankan aktiviti berikut:
(a) Menjalankan aktiviti aktiviti berikut:
(i) Pembinaan termasuklah rumah, kondominium, dan pangapuri,
(ii) Agen Pemasaran Perumahan, dan
(iii) Pusat Tuisyen,
(b) menjalankan aktiviti kebajikan anggota, pendidikan dan perniagaan;
(c) membeli, menjual, memindahkan hak milik, mendirikan, menyewa, mencagar, memajak, menggadai dan memiliki harta alih dan harta tak alih;
(d) melaburkan wang berlebihan di dalam perkara yang dibenarkan menurut seksyen 54 Akta;
(e) mengadakan subsidiari, menurut seksyen 19 Akta, dengan kelulusan Suruhanjaya, dan
(c) menyertai usahasama dan menjadi anggota kepada koperasi yang lain