Senarai Aktiviti/Projek yang ditawarkan kepada anggota untuk sertai berdasarkan Prospektus yang disediakan mengikut Aturan yang telah diluluskan oleh SKM. Anggota yang berminat menyertai mana-mana Projek akan dikehendaki mengisi borang penyertaan dan melabor dana dalam bentuk SIMPANAN KHAS atau DEPOSIT dengan syarat dan pulangan yang dinyatakan dalam Prospektus.
Sesi Pembentangan Projek telah di adakan pada 29 Disember 2024 sempena Mesyuarat ALK KOPIBG Kali Ketiga yang telah diadakan di Resort Sri Damai, Kalumpang, Selangor.
KOPIBG ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua rakan kerjasama yang telah menyertai perbincangan awal “road to MOU”. Kami percaya bahawa kerjasama ini, yang melibatkan:
1. Book Publisher - untuk menyediakan bahan bacaan berkualiti.
2. Supplier School Uniform - untuk memastikan pelajar tampil kemas dan berdisiplin.
3. Service Resort & Training - untuk menyediakan kemudahan latihan dan penginapan yang selesa.
4. Supplier Teacher Scarf - untuk meningkatkan imej profesional guru.
5. Supplier Student Writing Book - untuk memenuhi keperluan asas pelajar.
6. Kelab Gasing Beyblade - untuk mempromosikan aktiviti sukan yang menarik.
7. Consultant ID: Villa for Teacher - untuk menyediakan rumah idaman dan sumber pendapatan pasif bagi guru.
8. School Furniture - untuk mencipta suasana pembelajaran yang selesa dan produktif.
9. Mineral Water - membekal air mineral yg suci bersih ke sekolah sekolah
Kami berharap MOU ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan memberi manfaat kepada ekonomi, khususnya ekosistem pendidikan negara. Semoga kerjasama ini akan membawa perubahan positif dan meningkatkan kualiti pendidikan di negara kita.
Tahniah kepada semua pihak yang terlibat!
Koperasi Ibu Bapa dan Guru-Guru Malaysia Berhad (KOPIBG)